Sunday 25 September 2016

CUTI-CUTI JB

PART 4
(17.07.2016)

Assalamualaikum.
Hari ke empat aku di JB. Asyrul dah dapat 2 keping tiket LEGOLAND dari Atok semalam.

 Seriously aku dah excitedddd gilaaa nak masuk dalam legoland tu. selalu tengok dalam tv je. berpandukan waze dan google maps, kami pon sampailahh di legoland (lepas sesat). 

finally.......!!! kami dah sampaiii LEGOLAND MALAYSIA. Orang cakap hari Ahad ramai orang. sampaikan nak main apa-apa game nak kena beratur panjang. in fact, hari yang aku pegi tu tak ramai orang pon. Tak payah beratur lansung. siap boleh naik 5 6 kali lagi..... 
sebelum jumpa entrance Legoland, ada banyak lukisan daripada pelukis-pelukis terkenal dipamerkan.


kenapaa awak tinggi sangatttt?????? hmm


dekat sini, aku kalah ngan Asyrul. aku memang tak power naik Roller Coaster. tahu jerit jeeee... Asyrul win.. tapi at least aku tak de la pening-pening macam orang tu. tapi tudung aku sampai tercabut kottttt masa naik roller coaster tu... haishhhhhhhhhhh..... buat malu je!


banyak game yang best dalam Legoland ni.. kalau bawak budak-budak lagi best.. kami cuma masuk Dry Theme Park saja. itupon dah tak larat nak jalan. cukup-cukuplah muka aku dah terbakar masa kat sini... kalau aku masuk Water Theme Park, lagi hitam melegam la muka aku niii.. 



elok kami dah habes pusing, tiba-tiba hujan dengan kilat guruh semua.. huhuhu.. nasib baik aku dah habes main semua.. law tak rugi jerrr...  ingat nak beli souvenir sikit bawak balik kedah. tapi bila tengok price dy,,,.. makkk aiiii.. mahai gila baq hang.... cuci mata ja lah mampu... hahahah

aku sarankan sapa-sapa yang nak pegi legoland, tolong isi perut banyak-banyak sebelum masuk dalam theme park. sebab dalam tu semua makanan mahal.  Aku dengan Asyrul pon lepas keluar je terus cari kepci. lapar plus sakit anak tekak aku ni sebab jeritttttt.....

lepas ni, kalau ade kesempatan untuk pergi johor lagi, aku plan nak pergi Austin Theme Park pulak. Asyrul cakap dekat je ngan rumah dia... lagi best dari Legoland katenyeeeeee..... 
next trip will be....

babaii.. ^_^


Saturday 24 September 2016

CUTI-CUTI JB

PART 3
16.07.2016


Assalamualaikum. Hari ni adalah hari ketiga aku di Johor Bahru. Plan hari ni nak dapatkan tiket bola. Malam ni JDT  lawan Kedah. Bertumbuk la aku malam ni ngan Asyrul. hahhaha. Lepas breakfast, kami terus pegi ke Stadium Larkin  untuk dapatkan tiket. Alhamdulillah tak payah nak bersesak untuk dapatkan tiket sebab orang tak ramai sangat. 
yeaaayyyy dah dapattttt!!!! 2 tiket dewasa, 1 tiket kanak-kanak. tiket kanak-kanak tu untuk Mawi, bukan untuk aku okeyhhh... 
lapang je nak bergambar pon. orang tak dak. orang JB semua tak bangun tidur lagi kot.. hahahahha
sabar je Asyrul walau kena paksa tangkap gambar aku banyak-banyak. hahahah.. gambar dia tak de pon.... cowyyyy... hukhuk

lepas dapat tiket, kami terus balik rumah jap.. rehat-rehat dulu... malam tu baru lah kami pegi stadium. selama 23 tahun aku hidup, ini kali pertama aku masuk stadium... 
nampak tak bawah lampu spotlight tu, ade bendera negeri kedah. hai orang kampung ku... maafkan cek.. cek terpaksa duduk dengan team JDT. Tapi hati cek tetap hijaau kuning. huhuhu... 
walaupon aku pakai jersi JDT, tak bermakna aku sokong JDT. Aku nak pakai jersi Kedah, Asyrul tak bagi. sebab dia risau aku duduk dengan penyokong JDT, tak kan lah nak pakai bju kedah kan.... huhuhuhuh.... Paling menyedihkan ialah, game malam tu, JDT menag besar. 4-0. :(
adat permainan. ada kalah ada menang. huhuhu. 

lepas habes game, kami terus balik. FYI, aku, asyrul & mawi, naik moto 3 orang. tebal gila muka aku. dah la orang ramai. Mawi tu plak kalau saiz-saiz bayi tu boleh la aku nak dukung kan. ini dah nak sama besar dengan aku. hahaha. sabarrr je lahh.. itulah degil sangat tak nak naik kereta.. jalan jem lah ape lahh... tapi bagus jugak tu.. dari sangkut jalan jem, baik naik moto je.. mujurlah polis-polis johor baik-baik... dorang tengaokkkk je kamiii... tak tahan pon....kalau sampai surat saman nanti habeslaaaaaa Asyrulll.... hhahha

Dah sampai rumah, lepas tu amek keta terus pegi dekat Atok (kawan Asyrul). nak ambil tiket katanyaaa..aku tido je sepanjang perjalanan tu... aku biar dia drive sorang-sorang.. tiket apa yang Asyrul ambik tu?????? 

nanti aku update okeyh... >_^

babaiiii 





Wednesday 24 August 2016

Hola Aloha (part 2)


CUTI-CUTI JB

PART 2

15.07.2016


Assalamualaikum, hari ni masuk hari ke-2 aku di JB. Hari ni rumah Asyrul ada buat open house. Raya kan sebulan! Aku teringat pesan mak aku. Duduk rumah orang jangan malas. Hahaha. Pukul 6 pagi bunyi mesin basuh. Rajin tak aku basuh baju pagi2 buta.. Hahaha.. Acah2 jee tuh... Padahal kalau kat rumah sendiri pemalas bukan main. 

Menu untuk open house hari ni ialah masakan tradisi Johor, Soto & Laksa Johor. Disebabkan aku tak pandai masak, ehhh.. Silap. Kurang pandai.. So aku memang ambik part2 memotong je lahhh... Hehehe. Malu aku. Adik asyrul lagi power dari aku bab masak. Huhu. Lepas habes potong, aku tolong ayah dia pulak. Potong buah jambu. Ayah dia tu sebijik  perangai macam asyrul jugak. Risau sangat tengok aku potong jambu tu. "Biar jambu tu yang luka, jangan tangan atun yang luka". Cia cia cia... Meltinggggg aiiiiiii... Nasib baik Mak Jemah (bakal mak mertua) duduk sebelah. hahaah

Lepas settle kenduri, kami pon siap-siap nak ke Tanjung Puteri. Cuaca redup baru lepas hujan. Sampai je kat situ, terus mata aku pandang lauuut je.. seberang laut tu boleh nampak Singapore. Macam dah dekat sangat dah. Jalan masuk nak ke Tanjung Puteri mesti melalui COLORFUL UMBRELLA FESTIVAL. Kebetulan masa aku pergi tu tak ramai orang. errr. tak ada orang actually. aku ingatkan tutup ke ape sebab Asyrul pon macam pelik kenapa tak ramai orang. huhu.


COLOURFUL
UMBRELLA
FESTIVAL.

Tanjung
Puteri,

Johor Bahru.






Photographer aku tak berbayar. so gmbar pon bkebanyakkannya semua gegar. hahah. nak lagi malang, elok2 tangkap gambar tu, memory full! huhuhuhuuhuh.








ni dia photographer tak berbayar aku... musang berjanggut. sbb tu gmbar smua gegar. yang aku upload ni pon puas jugak lah aku tapis... tu pon still gegar jugak...  huhuhuhuhuuh..









kalau dari sini, dah boleh nampak Singapore kat seberang sana. laluan yang menghubungkan Malaysia dan Singapore tu lah yang dipanggil sebagai Tambak Johor. Memang jammed!!! sebabnya tambak ni adalah laluan utama penduduk Johor yang kerja kat seberang dan sebaliknya. Aku sendiri tak pernah sampai ke seberang sana. Mungkin 1 hari nanti Asyrul akan bawa aku ke seberang. Masa tu mungkin status kami dah berubah. dah get married maybe ! hahahaah




ai bukan sahaja tak mampu upah photographer, model pon ai pakai serkap je ... heheheh.. nevermind... abaikan model ai yang baru je belajar nak pakai 'sepitmata'. kikikiki..
maafkan beta.
















entah kenapalah aku rasa sakit hati je tengok gambar ni.... gambar ni paling selfish!!!!



 gambar paling tak gegar yang tok janggut snap.! tahniah ACELUL..!!! akhirnyeee....

ok . lepas habes pusing. Malam tu kami pergi ke DANGA BAY!! selalu aku tengok  & dengar kat tv  je.  kali ni aku nak pergi sendiri. Nak tahu jugak ape yang best kat sane kan... kat sana memang port lepak yg best untuk golongan muda mudi niii... kat situ jugak ada mini FUN FAIR...






Bangsa Johor tak pa,
jangan dok jadi Bangsat Johoor jaaa....
kikiikkkik










alkisah pada mulanya ada orang tu bukan main cakap besar dengan aku. dia tak faham, kenapa lah orang-orang yang naik kapal gergasi tu menjeritt.... bukannya takoottt pon... lepas aku dengar dia cakap macam tu, aku terus ajak dia naik. hahha. aku pilih seat paling hujung. mase kapal tu swing. dia dah mula jerit. hahahahaha. aku gelakkkk je tengok dia jerit sebab mula2 tu dia cakap besar sangat. tapi lama2 aku tengok macam terokkk sangat je keadaan dia tu.. sampaikan masa balik rumah tu dia pening2 nak muntah... hahahha.. itulahhhh.. cakap besar sangat....











lupa pulak. sebelum kami pergi Danga Bay, kami singgah dekat Cristal Crown dulu. betul-betul berhadapan dengan Istana Diraja Johor. tak dapat masuk istana, dapat lepak depan istana tu pon kire ok lah. hahaha.














sebelah kawasan istana ada air pancut menari. aku tak tahulah ayat atau nama betul dia apa. tapi dah tok jangut kata macam tu, aku pon macam tu lah. air pancut menari. aku pulak pakai kain labuh masa tu. memang basah lah kain aku tu jadi mop. huhuhuh







dah puas jalan-jalan, masing-masing dah nak tercabut kaki, kami pon caloooo.. balik rumah tidoooqqqqq.. esok ada banyakkkkk lagi tempat nak gi.. dan esokkk ade mission yang nak kene setlekan pagi2.. hehehehe.. mission ape yeee...... ??? okk.. see on the next chapterrrr.. babaiii. assalamualaikum. ^_^

Thursday 11 August 2016

Hola Aloha 😘


CUTI-CUTI JB 

PART 1 
14.07.16

            8 pagi, Alhamdulillah, dengan selamatnya aku sampai di Stesyen Bas Larkin. For the first time aku menjejakkan kaki di JB. Tempat paling jauh rasanya yang aku pernah pergi selama 23 tahun aku hidup.  Tuhan je yg tahu perasaan aku masa tu. Seronok +++++ Aku nampak je sigboard JB, terus senyum lebaaarrrr. Mata yang letih gila duduk dalam bas  12 jam, terus segar tiba-tiba. Ops, teringat 1 benda, terus capai phone dalam beg. Laju je tangan ni cari nombor someone... heheh.. "saya dah sampai JB". Sumpah happy gila masa tu. Tak tahu macam mana aku nak gambarkan.   

           Akhirnya, aku sampai di stesen bas. Agak malang nasib aku sebab bas yang aku naik tu dia cuma turunkan aku kat tepi jalan bersama beberapa orang Bangla. Aduyaaaiiii.. tercangak-cangak aku kat tepi jalan tu. Aku pon terus whatsup gambar location aku dekat asyrul. tambah malang lgi, Asyrul boleh pulak la nak berak lah sakit perut laaahhh. hmmm... Rupa-rupanya communication break down. dia tunggu tempat lain, aku pon tunggu tempat lain. pakat2 lawan tunggu. Lepas dapat tengok muka dia tu, masya'allah. rindunyaaa. huhuhu. Lama tak tengok diaa,.. tak macam pasangan2 lain.

           Lepas dia datang ambik aku, kami pergi breakfast dulu. Masa tu kawan dia si Nuar tu pon sibuk nak join jgk. Takpelah. Lagipon 4 hari aku kat sna. Lepas tu, dia bawa aku pergi rumah dia. Jeng3x. Part paling penting aku datang sini, jumpa family dy. Aduhhh. Scaryyy.. saya nak patah balik Kedah boleh tak.? huhuhuhu... Dia kenalkan kat aku sorang demi sorang. Memang aku tak ingat lahh. bkannye sorang dua. Adik2 bnyak gileee... Yang aku kenal, selain mak n ayh dia, Acap, Aina, Eqal, Mawi dan adik ipar dia. Lepas habis sesi suai kenal tu, aq terus bersihkan diri. Sebenarnya, badan aku tak berapa sehat masa tu. Badan lemah sangat sebab badan  aku tak tahan sejuk masa atas bas. 12 jam atas bas dengan aircond sejuk sangat. Selimut aku pulak tak boleh pakai sebab terkena air ikan pekasam (plastik bocor).. huhuuh.. 

           First sekali, kami jalan2 kat JUSCO. Jauh kemain aku datang last2x dia bawak aku gi Jusco jer? huhuhu..  First day katenyee nak kena rilek2 jelah dulu sebab dia tak nak aku letih.

Balik dari Jusco, aq makan ubt demam, then terus tertidooo. Tak pasti berapa lama aku tido, yang pasti masa aku bangun, bdn aku dah kembali segar. Hala tuju seterusnya, ECO SPRING. Kat sini udara dia segar sangat. Jauh sikit dari pusat bandar. So environment dia sangat tenang. Rasa macam kat oversea pon ada. Haha. Tak banyak sangat gambar snap kat sini sebab tempat tu sedang renovated. Tapi sumpah aku jatuh cinta sangat kat tempat ni. Tenangggg jeee rase .. 






Lepas tu kami pergi ke TAMAN ADDA. Tempat orangi beriadah. Ada tasik buatan di tengah2 taman. Cantik sangat..

Kat situ, kita boleh bagi ikan makan. Bukan setakat ikan je, itik dan labi-labi pun hadeee... haha.. Majoriti ikan keli yang conqur tasik tu. Saiz dia besar2 betis aq. seram aku tengok. Labi2 pon hade.. 

Lepak situ sampai  dah nak dekat maghrib, then gerak balik rumah dia. Malam tu pulak, dy bwk aku pergi PASAR KARAT. Tempat ni lebih kurang macam uptown. Banyak orang tempatan yang meniaga kat sini. Aku cuci2 mata ja  kat situ sebab tak tahu nak beli apa lagi memandangkan baru hari pertama kat JB. Nak beli barang pon rase macam awal lagi. So memang aku cuci mate je lah dulu. Perut masing2 pon dah lapaaar. Pas tu kami pergilah medan makan kat sebelah DATARAN JB. Untuk Food Lover, memang rugi kalau tak datang sini. Dalam banyak2 makanan kat sini, aku pling jatuh cinta dngan 'pepes'. Pergggggh. Siap tapau bwk balik mkn dlm kete. Tauhu bakaq pon memang wajib try.. Memang tak mengecewakan.  Datang lagi JB nanti memang kene repeat lagi. 

Lepastu, kami pergi lepak kat Dataran JB. Situ ada menara jam besarrr. Sebelah dataran tu ada stadium tertutup utk team JDT. Untung lah player JDT. Stadium dorang lawa gile kot. kaye boleh lahhh.. huhuhu . Kami lepak depan menara jam tu lama jgk lahh smbil2 tngok budak2 main rollerblade..
Selepas tu, kami pon gerak baik rumah sebab dah lewat. Esok banyak lagi tempat dia nak bawak aku pegi. so malam ni kena rest cukup2. ^_^

Assalamualaikum....